Video izle Yayın Akışı Diziler Dizi izle Dizifilm izle



Eklenme: Sep 7, 2008

Kimden: kreo2712

Süre: 0:33

Warga Singapura berkonvoi Ferrari disamun NILAI 6 Sept. - Sepasang kekasih dari Singapura yang sedang berkonvoi menaiki kereta Ferrari dipercayai menjadi mangsa geng 'langgar dan samun' dalam kejadian di Kilometer 274 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini petang semalam.Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, pasangan berusia 20-an dan 30-an tersebut bersama-sama kumpulan yang menaiki kereta Ferrari lain dalam perjalanan dari Singapura untuk bercuti di Genting Highlands. Tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terlanggar sebuah kereta Hyundai di hadapannya menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berhenti. Pada masa yang sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang dan berhenti di tempat kemalangan itu dan tiba-tiba seorang lelaki berusia 30-an keluar lalu terus memarahi pemandu Ferrari berkenaan. Difahamkan, lelaki berkenaan yang bertopi keledar telah mengambil sebatang kayu dan memecahkan cermin hadapan kereta Ferrari itu. Bertindak seolah-olah pegawai pasukan keselamatan, suspek kemudian menyuruh orang ramai menangkap mangsa iaitu lelaki yang memandu kereta Ferrari tersebut. Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, ketika itu, seorang lelaki lain menggeledah bahagian dalam kereta mangsa. "Penyamun itu menyalahkan pemandu Ferrari atas kemalangan yang berlaku dan perbuatannya meminta supaya mangsa ditangkap menyebabkan orang ramai menganggap dia pegawai pasukan keselamatan. "Apabila seorang lagi penyamun meluru dan memukul lelaki Singapura itu dan kemudian menggeledah kereta Ferrari berkenaan, teman wanita mangsa bertindak melarikan diri," katanya. Selepas menggeledah dan mengambil barangan dari kenderaan mangsa, penyamun terbabit kemudian menyedari ketibaan konvoi kereta Ferrari yang merupakan rakan-rakan mangsa, menyebabkan mereka melarikan diri menaiki kereta Mercedes tersebut. Sepanjang kejadian itu, saksi berkenaan memberitahu, orang ramai tidak mengetahui ke mana pemandu kereta Hyundai berkenaan sejurus kemalangan berlaku. Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berkenaan cedera ringan akibat dipukul oleh penyamun tersebut manakala teman wanitanya tidak mengalami sebarang kecederaan. Pasangan itu kemudian diselamatkan dan dibawa oleh rakan-rakan mereka sejurus konvoi kereta-kereta Ferrari itu tiba di lokasi kemalangan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh mengesahkan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes berkenaan. this vr was recorded at the time we going back from genting....

Tür: Travel

Taglar: destination 


Rating: ( ratings)    Görüntülenme: 394    Yorumlar: 0

Video izle Yayın Akışı Diziler Dizi izle Dizifilm izle